COVID19: ASEAN HARUS RELAVAN BAGI MELESTARIKAN KERJASAMA SERUMPUN.


.
Wabak COVID19 yang melanda setiap negara telah sedikit menimbulkan prasangka akan peranan organisasi antarabangsa (international organization).
.
Melalui waktu suka dan sukar dalam hubungan antarabangsa mengikat perjanjian yang lebih dari 52 tahun. Diserang perbezaan ideologi di kalangan anggotanya telah menjadikan ASEAN sebagai wilayah regional Asia yang luas dan memainkan peranan dalam mempromosi kestabilan dan keamanan dari pelbagai mekanisma kerjasama.
.
Pun begitu, persoalan yang bermain di fikiran adalah sejauh mana kebersamaan hubungan organisasi antarabangsa dalam membantu menyelesaikan masalah pandemik ini.
.
EU VS ITALY = CHINA MENANG
.
Rentetan pertelingkahan seperti yang berlaku antara Kesatuan Eropah atau European Union (EU) dan negara anggotanya, Itali apabila permintaan bantuan peralatan dan perubatan tidak diendahkan menurut wakilnya ke EU, Maurizio Massari. Malahan tidak satu negara anggota EU telah menghantar Itali bekalan yang diperlukan.
.
Situasi COVID di Eropah semakin parah dengan pertambahan kes setiap hari. Lihat sahaja carta top-10 tertinggi negara yang dijangkiti virus ini hampir di dominasi oleh negara Eropah seperti Itali, German, Spain, France dan UK. Naratif EU sebagai contoh terbaik serta semangat demokrasi dalam organisasi antarabangsa sedikit meleset.
.
Tidak banyak superhero bertopeng muka. Jika ada, pasti Batman yang begitu sinonim dengan China. Ya, dia yang memulakan, dan dia juga yang mengakhiri dengan bantuan Diplomasi Topeng Muka (mask diplomacy). Kau lah madu, dan kau juga racun. Bantuan dari negara yang bukan pendukung demokrasi, tapi pemain utama di pentas politik dan ekonomi global mengatur jejak memberi bantuan berupa perubatan, peralatan serta kewangan sedikit mengubah persepsi terhadap negara Tembok Besar.
.
BILA REALISM BERSUARA
.
Pendukung realism pada saat ini meniupkan semboyan telah mengingatkan kita bahawa negara adalah aktor terpenting dalam politik global. Masyarakat bergantung kepada pemerintah untuk mendapatkan bantuan, informasi serta perlindungan.
.
Bak kata wartawan Derek Thompson menerusi laman Twitter: “There are no libertarians in a pandemic.” That is not to say that broader global efforts are not necessary as well; it is simply to remind us that despite globalization, states remain the central political actors in the contemporary world.”
.
LALU KITA DI ASEAN BAGAIMANA?
.
Asean tidak pernah mengalami krisis kesihatan global, yang paling hampir adalah SARS namun yang paling diingati adalah krisis kewangan Asia 1997/98. Bahkan ancaman COVID19 ini dijangkakan terburuk bakal berlaku.
.
Melihat situasi yang berlaku di setiap negara anggota ASEAN. Malaysia misalnya, berada di tangga pertama dalam jangkitan wabak COVID19 dengan lebih dari 2,400 kes, diikuti, Thailand (1,524), Pilipina (1,418) dan Indonesia (1,285). Kadar kematian di bawah paras antarabangsa iaitu sebanyak 3-4% berdasarkan bilangan jangkitan yang direkodkan.
.
Apa yang membelenggu adalah, melihat kepada angka-angka biarpun tidak memasuki carta top-10 tapi mungkin akan meningkat dengan ketara. Asean yang berpenghuni seramai 660 juta populasi dengan aspirasi ekonomi yang tinggi, namun wabak COVID adalah sangat membahayakan.
.
Dengan pengkalan data dan prediksi yang ada, boleh dianggarkan berjuta-juta orang di seluruh Asean akan jatuh sakit. Pun begitu transparensi data menjadi tanda tanya selain sistem kesihatan (health care) yang kurang berdaya saing seperti Kemboja, Laos dan Myanmar berbanding Malaysia dan Singapura.
.
PERKUKUHKAN ASEAN
.
Melihat situasi di EU, Asean harus mengambil iktibar dan seharusnya memainkan peranan penting dan tidak hanya hiatus. Perkukuh kerjasama antara negara anggota bagi memerangi wabak ini untuk kekal relevan di pentas global.
.
Pertama, menyedari faktor ekonomi dan geografi yang berdekatan China, maka koordinasi yang transparen di antara negara anggota adalah sangat wajar. Perkongsian informasi dan maklumat (sharing information) seperti garis panduan teknikal, dan amalan terbaik (best practise) termasuk dan penyelesaian untuk pencegahan dan kawalan epidemik, diagnosis, rawatan dan pengawasan dengan tujuan meningkatkan kapasiti dalam menghadapi kesediaan dan tindak balas.
.
Kedua, tangani krisis ini sebagai cabaran regional melalui kerjasama dalam komunikasi. Mengapa ianya penting? Ini kerana risiko penyebaran maklumat yang tidak tepat dan palsu berkenaan COVID19. Di sini, penglibatan menyeluruh dari komuniti Asean dan ketersedian melalui pengkalan data raya Asean dapat memastikan informasi setiap negara anggota adalah sahih selain dapat membuat prediksi melalui dapat yang tepat.
.
Atas nama kerjasama serantau, Asean pasti terus relevan bagi melestarikan kerjasama serumpun serta mendepani isu anggota negara. Benar, Asean adalah cetakan dari EU. Namun, jadikan EU sebagai iktibar, Asean tidak seperti EU kita jauh lebih baik.

aseanjagaasean

I’ll translate it into English version later.

COVID19: Pasca Diplomasi Topeng Muka

Nukilan dari filem The Fifth Estate; ”give a man a mask and he will tell you the truth” sangat menarik sekaligus menjadikan lakon layar antara negara veto yang saling terkait menerusi perang dagang, balance of power, dan hegemonic threat terutama antara dua kuasa dunia China dan Amerika.

Jika disoroti, sewaktu perang dingin 1990-an, mereka menggunakan teknis espionage melalui biologikal warfare. Cuma, diabad 21 ini perang dingin menusuk pemain dunia kecil (periphery) yang lain tambahan permainan teknologi dan data bukan lagi pada minyak (oil) semata.

Tambah pandemik COVID19 yang menggila mengakibatkan serangan senyap tanpa ehsan dan mematikan nyawa tanpa adanya penawar. Akhirnya, tawaran topeng muka membuka peluang tanpa perlu berjabat, seolah merestui China sebagai penyelamat.

Saat dunia mulai memaling diri dari Barat. Memandang penuh hormat dan kepercayaan pada Timur untuk menerajui hala tuju dunia pada abad akan datang. Ini adalah bayaran harga diri apabila maruah negara diinjak dari selama seratus tahun (1842-1949) akibat penghinaan (China Century of Humiliation) oleh imperialis Barat.

Dunia ini benar-benar lacur kekuasaan realpolitik. Pada pengamatan, pasca COVID19 menyaksikan Diplomasi Topeng Muka ini benar-benar mengubah lanskap kuasa dunia membawa mesej bahawa China sebagai Big Brother. Sangat halus dan sangat lunak.

Di mana ada COVID, di situ ada China yang dipertanggungjawab untuk bantuan pendanaan dari Serbia hingga ke Italy.

Dari jutawan Jack Ma yang memanfaat agihan 2 juta topeng muka kepada negara Eropah seperti Spain, Italy, Belgium.

Langsung ke perusahaan gergasi teknologi Huawei yang menghantar sejumlah peralatan perubatan ke Belgium.

Seperti kata Kishore Mahbubani, pundit Hubungan Antarabangsa,

“… a change had already begun: a move away from US-centric globalization to a more China-centric globalization…”

Hal pendanaan (foreign aid) adalah kekuatan politik, sosial, budaya dan ekonomi China. Tenang sahaja, urusan One Belt One Road pasti lancar pasca COVID.

Saat Waktu Terhambat COVID19, Jangan Lupa Pada Marginal

Faham akan keperluan yang mendesak ini, masing-masing sama ada individu, peniaga kecil, artis dan dan sesiapa sahaja memerlukan bantuan bagi kelangsungan hidup akibat COVID19. Tapi kita harus melihat kiri dan kanan selain kita, ramai lagi golongan yang lebih memerlukan. Pernah dengar kelompok marginal?

Mereka adalah golongan yang terpinggir, tertindas, kurang diberi perhatian serta tidak menikmati keistimewan yang sama dengan masyarakat lain. Mereka turut mengalami pelbagai kekurangan dan sering terdedah kepada eksploitasi. Antaranya seperti orang miskin, gelandangan, orang kurang upaya, pesakit HIV, mangsa pemerdanganan manusia, ibu (tinggal, tunggal), mangsa depresi dan sebagainya.

Kita lihat beberapa indikator yang bagi mengenali golongan terpinggir ini.

  1. Sosiologi
    Mereka ini adalah kelompok masyarakat yang diskriminasi atau tidak dilayan secara adil berdasarkan gender, sosial, taraf hidup termasuk masyarakat yang dipinggirkan secara hak asasinya.
  2. Kesihatan
    Kelompok marginal diperingkat kesihatan mereka yang dinafikan askes kepada rawatan perubatan atau memilih tidak menggunakan rawatan perubatan untuk masalah kesihatan mereka.
  3. Pendidikan
    Mereka yang tidak mendapat akses pendidikan secara formal, kelompok buta huruf dan tidak ke sekolah.
  4. Ekonomi
    Ini menjelaskan kelompok masyarakat ataupun individu yang pendapatan perkapitanya rendah termasuk kategori miskin. Pendapatan perkapita biasa ditetapkan oleh kerajaan untuk menilai.
  5. Ekologi
    Kelompok masyarakat ini adalah mereka yang sumber alam nya rosak dan dieksploitasi sehingga tidak mendapat manfaat untuk kehidupan.
  6. Politik
    Mereka yang tidak dapat ikut berpatisipasi dalam pilihan raya dan dizalimi secara politk.

Bayangkan kalau disimpulkan dalam satu situasi mereka yang memenuhi kriteria di atas adalah wanita miskin Orang asli, cacat fizikal sering depres kerana tidak mempunyai pendidikan, dan mendapat bantuan kerajaan. Ia, itulah kelompok marginal yang merentas beberapa indikator seperti diatas.

Tekanan dari pelbagai sudut seperti ekonomi, sosial, budaya dan politik terutama pada waktu yang menghambat seperti COVID19 memerlukan bantuan bukan sahaja kewangan, malah fizikal dan mental.

Sebagaimana Mother Terresa, seorang pejuang dan tokoh kemanusiaan dari Calcuta pernah mengatakan: kaum miskin, kaum marginal, dan orang-orang yang tidak diendahkan oleh masyarakat kerana kitalah yang menciptakan mereka. Terutamanya oleh struktur sosial, juga oleh saya, anda dan kita semua. Sehingga, kita mempunyai tanggung jawab untuk membantu dan mengangkat derajat mereka.

Jangan lupa pada marginal. Mereka ini adalah tanggungjawab kita.

10 Fakta Menarik Tentang Portal CoronaTracker.

Jika China membina hospital dalam masa 10 hari, maka CoronaTrackerhttps://www.coronatracker.com/ di bina dalam masa 36 jam. Lain macam bukan?

Rakyat Malaysia adalah rakyat yang sering mengambil berat dan berpatisipasi tentang apa sahaja berita tular. Umum mengetahui virus coronavirus dari Wuhan China mengemparkan seluruh dunia dan mengakibatkan panik dan tersebarnya fakta yang tidak berasas.

Sehubungan itu, sukarelawan CoronaTracker menzahirkan sumbangan mereka melalui portal untuk menyebarkan maklumat tepat berkenaan virus ini di Malaysia dan seluruh dunia.

Ada apa dengan CoronaTracker? Ini ada 10 fakta menarik untuk dikongsikan.

1. Kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada data saintis serta golongan professional dari latarbelakang yang rencam. Sehingga hari ini jumlah sukarelawan seramai 1029 orang.

2. Laman sesawang yang dibangunkan oleh sukarelawan dari Malaysia dan kerjasama pelbagai negara termasuk Singapura, Philippine , Indonesia, Botswana dan lain-lain bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang tepat berkaitan coronavirus.

3. Pengasasnya adalah Dr. Lau CherHan dan di bantu oleh Ketua Data Saintis, Hafeez Nazri. Keduanya sudah pasti orang Malaysia telah melancarkan laman sesawang CoronaTracker pada 25 Januari 2020. Saat kebanyakan mereka menyambut Tahun Baru Cina dan menikmati percutian panjang. Ada di antara mereka bersengkang mata untuk membina laman sesawang ini bagi mengekang berita palsu.

4. Idea CoronaTracker ini adalah setelah mereka melihat platform yang sama dibuat John Hopskin Universiy. Namun paparan terlalu umum dan tidak merangkumi maklumat tepart seperti jumlah kematian.

5. 130,000 (sehingga semalam) jumlah pengunjung dan lebih dari 50,000 pengguna.

6. Menyokong dwibahasa iaitu English dan Bahasa Melayu. Bahasa lain akan di kemas kini dan akan di umum kelak.

7. Jumlah kod di tulis sebanyak 64,595 terutamanya menggunakan Phyton dan Javascript.

8. Zero bajet yang dikeluarkan. Segala insfrastruktur di biaya oleh Insitut Latihan Data Sains atau LEAD. Hanya masa dan semangat yang perlu di bayar bagi mereka yang ingin mendapatkan berita fakta.

9. 4,012 mesej dan komunikasi melalui Slack yang di bahagikan kepada kumpulan kecil seperti #analytics, #web-scraping, #frontend, #researchers, #pr-and-content.

10. Trello untuk segala gerak kerja sukarelawan berkenaan media sosial, design, backend, analytics dan sebagainya.

Tak pasti jangan sebar. Kalau nak sebar kena muat turun aplikasi mobil CoronaTracker bagi pengguna Andriod di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.coronatracker.corona_flutter.

Sumber pautan berkenaan CoronaTracker:

1-https://vulcanpost.com/687680/coronatracker-coronavirus-updates-malaysia-global/

2-https://www.businessinsider.sg/a-malaysian-data-scientist-made-a-crowdsourced-site-to-track-the-wuhan-coronavirus-and-now-people-worldwide-are-chipping-in-to-make-it-an-app/

3-https://ohbulan.com/saintis-malaysia-lancar-coronatracker-orang-awam-boleh-perolehi-data-terkini-wabak-dari-seluruh-dunia/

4- https://www.nst.com.my/news/nation/2020/01/560411/coronatracker-offers-real-time-data-outbreak

5-https://says.com/my/tech/this-m-sian-data-scientist-launches-coronavirus-tracker-site-for-the-world-within-two-days

6-https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/539973/sukarelawan-malaysia-bangunkan-coronatracker

Review Di Situ Langit Dijunjung

Review buku Di Situ Langit Dijunjung (DSLD) atau karya asli berjudul The Weight of Our Sky.

.

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah pada pengarang buku ini iaitu saudari Hana Alkaf yang memenangi anugerah Freeman Book Awards 2019.

.

Anugerah ini adalah bukti karya lokal yang berlatarbelakangkan tahun 1969 ketika berlaku rusuhan kaum di Kuala Lumpur mampu meraih perhatian dan kejayaan antarabangsa.

.

Biasa aku kalau memilih buku memang tak suka nak review buku di Goodread atau Watpad dan semacamnya. Sebab terbit persepsi buku tak kena jiwa. Bak kata bos ‘ i need to do justice’. Ya, aku kena baca dulu baru boleh ulas.

.

Mudah. Karya ini santai, tidak berat plot ringan.

.

Walaupun aku sedikit stress dengan OCD Mel atau Melati yang duk mengira serta dihantui jin. Ini bukan cerita seram siri bercakap dengan jin karya Tamar Jilis. Bukan!

.

Di angkat Mel sebagai watak utama tinggal bersama Mama beliau, Salmah yang merupakan seorang jururawat. Mel seorang remaja bersahabat baik dengan Saf atau Safiyah telah pergi menonton wayang di Rex, Petaling Street.

.

Saat itu menonton, wayang tiba-tiba gelap dan tertutup sehingga datangnya gengster cina yang dikatakan menjaga kawasan tersebut. Kemudian terpisah angkara sengketa kaum.

.

Kemudian timbul watak keluarga seperti Antie Bee, Uncle Chong, Vincent, Frankie. Watak tambahan Jagdev Singh, Pak Cik Adnan, gengster Kampung Baru dan kongsi gelap.

.

Pengharapan untuk pembaca matang adalah meleset sama sekali.

.

Karya ini amat sesuai untuk komsas atau sastera menengah. Tidak ada imbuhan fakta, falsafah dan babak akhir yang tergantung. Hanya latar zaman darurat, hanya penuhi keinginan jin sambil mengetuk dan membilang.

.

Untuk pembaca fakta, falsafah yang kompleks seperti aku. Memang aku mengalami sindrom post-tantrum bukan BOOK HANGOVER. Bila buku tak memenuhi kriteria, kau mengamuk.

.

Bak kata kawan yang merupakan editor buku. “Hahaha…bukan matang pemikiran la ummi… Sb klu matang pemikiran yg gaya ummi, ummi blh menjerit cam org sawan sb buku tu x kan cecah aras bacaan org yg penuh dgn info dan fakta”.

.

Noktah. Ini karya bersih dan suci. Tidak sepatutnya dilabel untuk pembaca matang.

#reviewbuku

Apabila Teknologi Mendunia

Tulisan Pertama 2020.

Pertemuan semalam bersama teman dalam bahasa rempit, bukan biashe-biashe. Dari bertanya khabar sampailah isu politik dan kehidupan kini.

Banyak perkara berubah dan perlukan perubahan tuntas. Banyak yang harus di pelajari dan di praktikkan. Paling diingati adalah untuk mengubah circle atau secara diplomasinya adalah melebar luas jaringan persahabatan.

Bunyinya tidaklah janggal mahupun jalang. Sudah berapa lama aku hidup di medan senyap indie. Tambah menelaah dunia falsafah yang kadangkala buat aku diam tapi berfikir dalam. Tapi bukan ini pokok perbincangan semalam.

Aku sedikit tertarik dengan urusan yang lebih praktikal seperti teknologi. Semacam ada aura yang aku rasa harus di beri lebih perhatian. Soalan diutarakan berkenaan berapa banyak algorithm mukabuku berubah dalam jangka masa setahun.

Ada juga berkenaan e-commerce. Menguasai edagang pada masa kini adalah BINGO untuk sesebuah perniagaan. Tapi di sebalik gahnya ecommerce ini, kata kuncinya adalah Programmatic Marketing.

Boleh langkau kerana ianya kompleks.

Sedikit penjelasan untuk pemula seperti aku sangat perlu di dokumentasi supaya lebih melekat di kepala. Fungsi programmatic ini adalah untuk mengumpulkan informasi tentang consumer atau audiens. Kemudian mengadakan segmentasi audiens supaya Digital Marketer (DM) dapat membuat iklan yang khusus untuk kumpulan audiens yang telah di segmentasi. Programmatic ini tujuannya untuk branding bagi memanfaatkan data dan algorithm dan tujuan akhir adalah untuk mendapat sasaran audiens yang tepat mengena sasaran segmen perniagaan dengan lebih efektif dan optimal.

Bagaimana ia dilakukan secara efisien?

Perlukan pengalaman dan latihan penambahbaikan . Data sangat kompleks. Mempunyai ribuan data belum tentu dapat mengoptimumkan sasaran perniagaan sekiranya tidak diterjemahkan dalam keuntungan barangkali.

Nota tambahan, jual beli data bukanlah sesuatu yang baru.

Untuk ke peringkat lebih jauh seperti hubungan antarabangsa. Penguasaan China terhadap teknologi seperti Artificial Intelligence, e-dagang mahupun keupayaan 5G adalah sangat menghairahkan dan luar biasa. Lihat sahaja market share untuk telefon pintar sahaja sudah terbukti . Gergasi telefon pintar seperti Huawei dan Oppo semakin mendunia mengalahkan Apple.

Cukup kompleks.

Namun, ayat karma kehidupan adalah jika negara menguasai teknologi, maka ia menguasai dunia.

Bukan aku yang cakap tapi Putin. Ya Vladimir Putin, Presiden Russia bersabda “the Nation that leads in AI will be ruler of the world”.

Kata kunci : data, teknologi, edagang

TIPS BAGAIMANA SAYA DAPAT SAMBUNG MASTER DI JEPUN TANPA INTERVIEW…🎌🎎🚄🍱🍣

 

Bismillah….
Mutakhir ini, sebilangan pelajar Malaysia di Mesir yang terkandas untuk menyambung pelajaran gara-gara tidak mendapat bantuan biasiswa. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dapat sambung belajar ke Jepun TANPA SESI INTERVIEW dan BANTUAN KERAJAAN (JPA atau MARA).

Keinginan sambung belajar ke oversea amat tinggi dan saya sangat alert tentang hal-hal biasisiwa tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Pengalaman saya dapat sambung master di Jepun dlm bidang International Relations (IR) di International University of Japan (IUJ) dan mendapat bantuan pembiayaan belajar dari luar (bukan kerajaan Malaysia) adalah satu rezeki yang tidak di sangka-sangka. Tambahan pengalaman bekerja selama 3 tahun akhirnya berbaloi. Mungkin saya boleh berkongsi tips dan pengalaman bagaimana sambung belajar ke luar negara dan bantuan scholarship TANPA INTERVIEW.

1-PILIH UNIVERSITY ATAU PILIH NEGARA.
Pengalaman saya, dari tahun 2012 lagi dah check beberapa university yang menawarkan jurusan yang berkait rapat dengan degree saya. Oleh kerana saya terlalu minat dan kagum pada Jepun, jadi saya shortlist kan university yang offer IR atau Sains Politik di Jepun dan memberi keutamaan pembelajaran dlm ENGLISH. Saya zero Bahasa Jepun langsung tak tahu satu apa.

2- CONTACT PIHAK PENGURUSAN UNIVERSITY (guna email)
Haa.. Yang ini penting sebab nak tau situasi university tu macam mana. Jangan risau atau malu, pihak admin university pasti membalas setiap email yang di kirim. Sebelum tu, tengok website university tu offer course dan subject apa. Masa saya dulu, macam-macam la saya tanya contoh nya keadaan dan environment, ada tak makanan halal, ada tak orang Malaysia kat university (note: I’m the only Malaysian at my university) Macam mana enrollment proses, apa scholarship yang di tawarkan etc. tanya la hal-hal berkaitan dan tunjukkan minat anda.

3- ALERT DAN SEARCH SCHOLARSHIP DARI GOVERNMENT LUAR ATAU PRIVATE ORGANIZATION.
Di sebabkan saya nak ke Jepun, jadi saya intai website embassy Japan di Malaysia. Sebelum ni, ada cuba beberapa scholarship seperti MONBUKAGAKUSHO atau MEXT(boleh rujuk http://www.my.embjapan.go.jp/English/JIS/study.htm) tapi TAK Berjaya. Mungkin bukan rezeki untuk saya. Dua kali saya mencuba 2013 dan 2014. Kali pertama dapat pergi exam tapi tak lepas. Kali kedua hantar application form tak lepas. Rasa hampa sangat dan masa tu memang give up sangat. Tapi saya memang suka kan cabaran dan SABAR itu penting.

4- YAKIN PADA DIRI DAN JANGAN PANDANG BELAKANG.
Yakin dan semangat tu penting. Doa jangan lupa. Setelah 2 kali gagal ujian MEXT dan 2015 saya tekad untuk amik IELTS sebab itu salah satu criteria ke IUJ. Dan akhirnya saya dapat band yang agak cemerlang (sesuai nak pergi Jepun😅) dan penuhi syarat dan criteria university. Tengok website university, apply online, alert bila deadline dan sebagainya. Di sebab kan saya tidak ada rujukan untuk bertanya senpai (senior) dari Malaysia maka nya saya terus kan niat murni saya ni.

5- TELITI BILA APPLY ONLINE DAN SUBMIT APPLICATION.
Apabila kita apply online ni agak rumit dan leceh. Macam-macam university saya request dan saya harus be very particular sebab sesetengah form kene hantar by COURIER. Make sure segala financial anda mencukupi dari amik exam IELTS sampai la hal-hal berkaitan dengan urusan hantar borang, reference letter dari lecturer yang agak complicated dan saya ingat kan pada diri saya yang orang jepun sangat-sangat teliti dan pasti kan setiap borang di semak. Masa ni masih bekerja lagi. Jadi, semua mesti cepat,teliti dan on time. Semua nya urus sendiri dan family mak abah, abang kakak tak de sape pon tau impian murni. Bukan apa tak mahu menyusahkan parents. Tapi masa nak mintak slip gaji tu akhirnya terkantoi jugak la. Tapi dah halfway. Jalan terussss.

6- CONFIRMATION DAN RECOMMENDATION DARI PIHAK UNIVERSITY.
Selepas dah settle semua masalah, pihak university bagi list scholarship yang tak pernah dengar seperti AEON (mall yang korang pergi tiap2 minggu tu), Mitsubishi, ADB, IMF, World Bank etc. Dengan jaya nya saya mendapat RECOMMENDATION dari pihak university untuk tajaan biasiswa dari ADB (Asian Development Bank). Memang tak pernah dengar pon scholarship ni. Tapi antara CRITERIA nya negara anda dlm list developing countries, EXPERIENCE keje 2-3 tahun la lebih kurang, umur kurang 35 tahun dan lain-lain. Bagi saya, sesiapa yang nak sambung master di luar, pengalaman berkerja amat lah penting sebab keyakinan mereka, cara kita berfikir, survival skills dan tak kisah la keje private atau government tapi harus CONSISTENT.

7- USAHA, DOA DAN TAWAKAL
Part ni semua orang paham kot macam mana penantian tu memang satu penyiksaan. Bayangkn dari 2012 saya search university, tahun 2013 dan 2014 tak lepas exam untuk dapat kan biasiswa. Maklum dengan situasi JPA, MARA dan isu-isu kerajaan nak stop hantar student ke overseas. Memang saya tak semak JPA dan MARA sebab tunggu punya tunggu tak keluar apa-apa announcement plak. Banyak lagi cara lain untuk mendapatkan biasiswa dengan syarat RAJIN check online. Penantian beberapa bulan dari application, smpai la ke recommendation akhirnya dapat surat ADB hendak menaja saya TANPA INTERVIEW DAN BONDING dari mereka (cuma habis belajar pulang ke 🇲🇾). Alhamdulillah. Rezeki masing2 dan rezeki saya. Tak putus berdoa dan pada Allah saya berserah. Time ni parents dan adik bradik baru tahu dengan jelas misi dan visi saya. JANGAN BERPUTUS ASA.

8- AKHIRNYA, pada tanggal September 20, 2015 berlepas dari KLIA dengan perbelanjaan DUIT SIMPANAN SENDIRI dari A sampai Z dan selamat tiba dia NARITA airport esok (duit tiket di beri setelah tiba di university). Pada masa tu takde pun kawan2 Malaysia tunggu sebab tak kenal ( takde la sedih sangat tapi macam tu la). Maka nya, saya dah berjanji dengan kawan dari INDIA yang sama-sama hendak pergi university dan masing-masing TAK TAHU Bahasa Jepon. Berbekal kan perkataan ARIGATOU GOZAIMASU (TERIMA KASIH) dan SUMIMASEN (EXCUSE ME, I’AM SORRY) kami selamat smpai ke university dengan shinkansen (bullet train). Apa pun DOA, SEMANGAT jangan berputus asa ADALAH sgt penting. Terima kasih pada mereka yang membantu saya secara langsung atau tidak (you know who you are). Sekarang ni saya berada di Korea buat exchange program di Seoul National University (SNU). Macam mana tu nanti la part ke 2 saya smbung. Banyak sangat hendak di kongsikan. Selamat Berjaya.

Assalamualaikum.
UHZ@SNU 1:57am
“できるとしんじています: aku percaya aku bisa”

Semoga memberi manfaat pada semua. InsyaAllah

5 Tips menjadi pengundi yang bijak

5 tips bagaimana untuk menjadi pengundi yang bijak?

Seperti yang kita sedia maklum bahawa pihak SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa tarikh untuk membuang undi adalah:

9 Mei 2018 (cuti umum)

Bagi mereka yang sudah mempunyai calon YB di hati, tidak menjadi masalah kerana mereka tetap menyokong calon tersebut walau badai melanda.

Akan tetapi bagi mereka yang baru pertama kali atau first time mengundi keterujaan itu tidak dinafikan.

Semboyan di dada akhbar, FB,IG, twitter dengan pelbagai hashtag seperti #pulangmengundi #carpoolGE14 menghangatkan suasana PRU14. Ini lebih gempak dari balik kampung pada musim perayaan.

Tapi dalam keterujaan untuk pulang memangkah calon PRU, ada 5 tips untuk dikongsikan bagi kita sebagai rakyat Malaysia menjadi pengundi yang bijak.

=====================================

1- Mereka yang membuang undi

Ini adalah petanda mereka sayangkan negara. Bukan mereka yang sembang kencang tapi tidak mendaftar.

#Bolehsemak di https://pengundi.spr.gov.my/pengundi

2- Kuasa mengundi di tangan rakyat

Pilihan raya diadakan 5 tahun sekali. Dan tarikh keramat 9 Mei, 2018 andalah yang paling berkuasa untuk mengubah atau mengekalkan kerajaan yang sedia ada.

Maka, pengundi yang bijak akan memilih kerajaan yang mengutamakan rakyat. Jangan lupa kata-kata dari Abraham Lincoln; government of the people, by the people and for the people.

3- Pilih calon/ individu yang utama dan warna bendera kedua

Lihat kredibiliti calon tersebut. Dan nilai dari prestasi dari masa ke semasa. Membangunkah kawasan yang di jaga? Berdebat dalam parlimen ? Atau jenis turun ke kampung 5 tahun sekali baru nak muncul.

Kalau rajin buat background check sebelum mengundi.

Bak kata Simon Sinek, kepimpinan bukan mengenai pilihan raya akan datang, tapi mengenai generasi akan datang.

4- Bijak menganalisa setiap info yang di terima.

Dalam kita enak membawang atau mengtrol dan sebagainya sewaktu PRU14 ini, wajarlah kita semua memeriksa info yang di terima. Bagaimana caranya?

1- Lihat siapa penulis
2- Baca di ruangan komen
3- Baca petikan atau headline; kadang-kadang terlebih kontroversi dari isi.
4- Gambar yang di gunakan.

Jangan terlalu mempercayai segala maklumat politik di media sosial 100%. Ini kerana, network kita di media sosial adalah di kalangan mereka yang bersetuju dengan kita.

Maka, cuba luaskan skop informasi di segenap penjuru.

Kata-kata padu dari Otto von Bismarck, orang tidak pernah berbohong begitu selepas memburu, semasa perang atau sebelum pilihan raya.

5- Jangan ikut isi hati.

Pengundi yang bijak adalah mereka yang membuat penilaian dan pilihan dari sudut pandangan jelas yang di amanahkan untuk kepentingan dan kebaikan bersama.

Bukan berdasarkan pemikiran yang quick judgement, berat sebelah ataupun dalam keadaan marah. Walaupun termakan dek permainan emosi, tapi kita masih waras untuk berfikir secara kritikal.

===================================

Ambil masa yang singkat ini untuk kita fikir demi maslahah bersama. Sewaktu buang undi nanti, bawa IC, pakailah pakaian yang kemas dan rapi beserta pilihan calon yang tepat bagi kawasan dun mahupun parlimen.

Jangan lupa bergambar untuk kenangan sebagai bukti anda sudah matang dalam membuat keputusan demi kebaikan negara.

#PRU14

Penulisan saya untuk page FB Esto: https://www.facebook.com/estomalaysia/posts/441542639608124

It’s a tug of war between what’s comfortable and what she really wants — The Journey to a Quiet Mind

Here I sit before you all in blog land, a changed woman. And why is that you may ask? Because, I have a desk type situation set up in my room and its pretty perfect, I’m not going to lie. I’ve sat here putting pen to paper on all these thoughts that just roam around […]

via It’s a tug of war between what’s comfortable and what she really wants — The Journey to a Quiet Mind

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑