COVID19: ASEAN HARUS RELAVAN BAGI MELESTARIKAN KERJASAMA SERUMPUN.


.
Wabak COVID19 yang melanda setiap negara telah sedikit menimbulkan prasangka akan peranan organisasi antarabangsa (international organization).
.
Melalui waktu suka dan sukar dalam hubungan antarabangsa mengikat perjanjian yang lebih dari 52 tahun. Diserang perbezaan ideologi di kalangan anggotanya telah menjadikan ASEAN sebagai wilayah regional Asia yang luas dan memainkan peranan dalam mempromosi kestabilan dan keamanan dari pelbagai mekanisma kerjasama.
.
Pun begitu, persoalan yang bermain di fikiran adalah sejauh mana kebersamaan hubungan organisasi antarabangsa dalam membantu menyelesaikan masalah pandemik ini.
.
EU VS ITALY = CHINA MENANG
.
Rentetan pertelingkahan seperti yang berlaku antara Kesatuan Eropah atau European Union (EU) dan negara anggotanya, Itali apabila permintaan bantuan peralatan dan perubatan tidak diendahkan menurut wakilnya ke EU, Maurizio Massari. Malahan tidak satu negara anggota EU telah menghantar Itali bekalan yang diperlukan.
.
Situasi COVID di Eropah semakin parah dengan pertambahan kes setiap hari. Lihat sahaja carta top-10 tertinggi negara yang dijangkiti virus ini hampir di dominasi oleh negara Eropah seperti Itali, German, Spain, France dan UK. Naratif EU sebagai contoh terbaik serta semangat demokrasi dalam organisasi antarabangsa sedikit meleset.
.
Tidak banyak superhero bertopeng muka. Jika ada, pasti Batman yang begitu sinonim dengan China. Ya, dia yang memulakan, dan dia juga yang mengakhiri dengan bantuan Diplomasi Topeng Muka (mask diplomacy). Kau lah madu, dan kau juga racun. Bantuan dari negara yang bukan pendukung demokrasi, tapi pemain utama di pentas politik dan ekonomi global mengatur jejak memberi bantuan berupa perubatan, peralatan serta kewangan sedikit mengubah persepsi terhadap negara Tembok Besar.
.
BILA REALISM BERSUARA
.
Pendukung realism pada saat ini meniupkan semboyan telah mengingatkan kita bahawa negara adalah aktor terpenting dalam politik global. Masyarakat bergantung kepada pemerintah untuk mendapatkan bantuan, informasi serta perlindungan.
.
Bak kata wartawan Derek Thompson menerusi laman Twitter: “There are no libertarians in a pandemic.” That is not to say that broader global efforts are not necessary as well; it is simply to remind us that despite globalization, states remain the central political actors in the contemporary world.”
.
LALU KITA DI ASEAN BAGAIMANA?
.
Asean tidak pernah mengalami krisis kesihatan global, yang paling hampir adalah SARS namun yang paling diingati adalah krisis kewangan Asia 1997/98. Bahkan ancaman COVID19 ini dijangkakan terburuk bakal berlaku.
.
Melihat situasi yang berlaku di setiap negara anggota ASEAN. Malaysia misalnya, berada di tangga pertama dalam jangkitan wabak COVID19 dengan lebih dari 2,400 kes, diikuti, Thailand (1,524), Pilipina (1,418) dan Indonesia (1,285). Kadar kematian di bawah paras antarabangsa iaitu sebanyak 3-4% berdasarkan bilangan jangkitan yang direkodkan.
.
Apa yang membelenggu adalah, melihat kepada angka-angka biarpun tidak memasuki carta top-10 tapi mungkin akan meningkat dengan ketara. Asean yang berpenghuni seramai 660 juta populasi dengan aspirasi ekonomi yang tinggi, namun wabak COVID adalah sangat membahayakan.
.
Dengan pengkalan data dan prediksi yang ada, boleh dianggarkan berjuta-juta orang di seluruh Asean akan jatuh sakit. Pun begitu transparensi data menjadi tanda tanya selain sistem kesihatan (health care) yang kurang berdaya saing seperti Kemboja, Laos dan Myanmar berbanding Malaysia dan Singapura.
.
PERKUKUHKAN ASEAN
.
Melihat situasi di EU, Asean harus mengambil iktibar dan seharusnya memainkan peranan penting dan tidak hanya hiatus. Perkukuh kerjasama antara negara anggota bagi memerangi wabak ini untuk kekal relevan di pentas global.
.
Pertama, menyedari faktor ekonomi dan geografi yang berdekatan China, maka koordinasi yang transparen di antara negara anggota adalah sangat wajar. Perkongsian informasi dan maklumat (sharing information) seperti garis panduan teknikal, dan amalan terbaik (best practise) termasuk dan penyelesaian untuk pencegahan dan kawalan epidemik, diagnosis, rawatan dan pengawasan dengan tujuan meningkatkan kapasiti dalam menghadapi kesediaan dan tindak balas.
.
Kedua, tangani krisis ini sebagai cabaran regional melalui kerjasama dalam komunikasi. Mengapa ianya penting? Ini kerana risiko penyebaran maklumat yang tidak tepat dan palsu berkenaan COVID19. Di sini, penglibatan menyeluruh dari komuniti Asean dan ketersedian melalui pengkalan data raya Asean dapat memastikan informasi setiap negara anggota adalah sahih selain dapat membuat prediksi melalui dapat yang tepat.
.
Atas nama kerjasama serantau, Asean pasti terus relevan bagi melestarikan kerjasama serumpun serta mendepani isu anggota negara. Benar, Asean adalah cetakan dari EU. Namun, jadikan EU sebagai iktibar, Asean tidak seperti EU kita jauh lebih baik.

aseanjagaasean

I’ll translate it into English version later.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: